Salam Bermula Entry Dibuka
Setiap Ilmu Amat Berguna
Tetapkan I'tiqad Mencarinya
Setiap Sesuatu Pasti Berguna
Ilmu Kucari Tidak Ku Jumpa
Menyelami Diri Mendegar Kata
Ini Hanya Pembuka Kata
Bagi Insan Yang Dahaga
Amboooooi.panjang pantun dikarang jadi lagu la pulak nanti.Ok entry ni di tulis untuk pengetahuan
sesama mahluk.tiada kene mengena dengan haiwan peliharaan.
Seringkali menyebut tapi tidak mengerti itu lah aku..[hihihihi]
apa itu tahu?apa itu ilmu? = tahu dan ilmu sama.
ilmu bahasa arab tahu bahasa melayu.ok kiter terus ke tajuk asal kita.
soalan : WHO?>WHAT?>WHERE?>HOW?
Apa itu Internet?
Internet adalah sesebuah computer atau lebih yang dihubungkan antara satu sama lain
dengan pelbagai rangkaian eletronik seperti gentian optik atau wireles ke seluruh dunia
dengan piawaian internet protokol [TCP/IP].
ISP [Internet Service Provider]
iaitu badan perusahaan yang menyediakan perkhidmatan internet yang
membolehkan seseorang terhubung dengan sambungan internet.
Jenis layanan dari ISP : email, web hosting
- Pemilihan ISP :
a. Sambungan tempatan untuk menghindari SLJJ(sambungan langsung jarak jauh)
b. kebolehpercayaan yang tinggi (jarang down) dan akses 24 jam
c. Sambungan dengan kecepatan yang tinggi
Jenis Sambungan Ke Internet
> Modem/Dial Up:
Menggunakan modem yang dihubungkan dengan kabel telefon untuk sambungan ke internet
> Kabel Broadband:
Menggunakan modem yang dihubungkan dengan kabel TV untuk sambungan ke internet
> DSL (Digital Subscriber Line):
Menggunakan Digital Subscriber Line yang dioperasikan melalui sambungan telefon dan boleh digunakan
secara serentak dengan talian telefon
> Satelite Broadband:
Menggunakan satelit broadband untuk mengirim dan menerima data dengan
kecepatan tinggi dengan menggunakan antena
> ISDN:
Menyediakan data dan suara secara digital untuk sambungan ke internet
> T-Line:
Menyediakan sambungan terus ke internet menggunakan litar digital pada telefon biasa yang disediakan
oleh ISP
> Wireless:
Menyediakan sambungan yang sangat cepat ke internet tanpa kabel
TCP/IP [Transmission Control Protocol / Internet Protocol]
Adalah standard komunikasi data yang digunakan oleh komuniti internet dalam proses tukar menukar data
dari satu komputer ke komputer lain di dalam rangkaian internet
Protokol ini mensyaratkan bahawa setiap komputer dalam rangkaian internet harus mempunyai identiti yang
unik yang dinamakan nombor atau alamat IP (IP Address).
Alamat IP terdiri dari empat bilangan dengan masing-masing bernilai 0 sehinga 255,
dan antara bilangan tersebut dipisahkan oleh tanda titik.contoh = 192.168.0.1
FTP [File Transfer Protocol]
Adalah protokol yang berfungsi untuk memindahkan fail dari satu komputer ke komputer lain
Site FTP menyediakan buku-buku, artikel, software, games, images, sound, multimedia, data dan sebagainya
Memiliki perintah yang membolehkan user/penguna melakukan Sambungan ke
remote komputer untuk mengambil beberapa file.
DNS [Domain Name System]
Iaitu Sistem yang memetakan domain kepada alamat IP / versi teks dari IP Address
Tujuan untuk memudahkan penyambungan suatu sumber di internet
Contoh:
http://www.uitm.edu.my atau http://202.58.80.224
uitm = jenis layanan
edu = nama domain
my = kod negara
Top Level Domain
>.com - commercial
>.edu - educational
>.gov - government
>.mil - military
>.net - networking
>.org - nonprofit organization
>.biz - bussines
>.info - multi purposes
WWW [World Wide Web]
Iaitu Sistem yang membolehkan pengaksesan maklumat dalam internet melalui pendekatan hiperteks
Web menggunakan protokl HTTP (HyperText Transfer Protocol) yang berjalan pada TCP / IP
Dokumen web ditulis dalam format HTML (HyperText Markup Language)
yang diletakkan dalam web pelayan dan diakses oleh pelanggan melalui web browser.
Mengakses web dari web browser perlu menyebutkan URL (Uniform Resource Locator)
URL[Uniform Resource Locator]
Adalah Address dari sebuah sumber yang boleh diakses di Internet.
Terdiri dari: Jenis protokol, Alamat IP / nama domain dan Nama fail.
ok itu sahaja yang dapat aku huraikan secara kasar tapi halus.
aku akan update entry ni jika ianya terdapat kesalafahaman aku.
semoga kita sedar kita masih dibelakang kemajuan>improve your self
enjoy=)
sumber bernama:Uncle

No comments:
Post a Comment